BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 17, 2009

"program jom masuk zoo"

semester: 2
subject: Biodiversity and evolution of protista and animalia
program: "Jom Bersama Masuk Zoo"

Pada semester 2, saya telah terlibat dalam program "Jom Bersama Masuk Zoo". Program ini adalah penting bagi memenuhi siri pembelajaran subjek major kami iaitu subjek Biodiversity and evolution of protista and animalia. program ini melibatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II (SKSI II). Kami telah bersama-sama pelajar tersebut menerokai panorama kehidupan di alam haiwan dan kami menjadikan Zoo Taiping sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan program ini. Program ini di anjurkan selama 3 hari dan 2 malam. Sungguh
menyeronokkan!!!!! Jadi, nikmatilah gambar-gambar yang telah saya sediakan.......


sehari sebelum program dilaksanakan...menghasilkan banner dengan menggunakan kretiviti tersendiri(jimat kos)


ini merupakan banner yang telah siap kami hasilkan.... sungguh menarik bukan?????


perjalanan untuk ke Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II (semua siswa dan siswi UPSI sedang lena di ulit mimpi....penat sebab baru siapkan segala bahan untuk kegunaan semasa di zoo)


antara wajah pelajar-pelajar yang terlibat dalam program kami




bergambar bersama badak sumbu putih yang menjadi haiwan pilihan kami untuk dijadikan bahan kajian....


antara binatang yang terdapat di Zoo Taiping



night safari di zoo Taiping...bersama mentee kami




gambar kenangan terakhir di hadapan sekolah sebelum bertolak pulang ke UPSI...selamat tinggal SKSI II dan selamat kembali ke UPSI



sesungguhnya, melalui program ini, kami telah mendapat banyak manfaat. selain dapat mengukuhkan hubungan di antara kami, program ini juga dapat menggalakkan kami untuk berhubungan dengan masyarakat lain. melalui program ini kami dapat menambahkan pengetahuan mengenai kehidupan alam haiwan serta mendalami ciri fizikal, habitat serta keistimewaan setiap haiwan. selain itu, kami juga dapat mengenali banyak spesies haiwan yang sebelum ini tidak kami ketahui.....



0 comments: